Rabu, 24 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa TPCC SRJ Muar Crew

Tarikh : 22 Ogos 2011
Hari : Isnin
Tempat : Marina Bay, Tanjung Emas Muar
Kehadiran : 11 orang diketuai H3 Hishamuddin
Menu : macam-macam ada....
kenangan sebelum berbuka di hadapan persona masing-masing....
ni yang mahal...tempah tu....penuh nama bos kita.....amcam, teruja? selamat berbuka....abe haji tak dapat datang, fobia nampak kupang tu...heheheh

Jumaat, 21 Januari 2011

Jumaat, 5 November 2010

Cuci Mencuci........... Tahukah anda apakah barang ini....?





Sama-sama menghayati, jika jentera-jentera anda diperlakukan sebegini, mudah cepat dan segera pantas memikat hati yang merasainya.... Cucian sebelum dan terbukti selepas cucian, berkilat bersih tanpa ragu-ragu kita menguasainya... Hasil cucian jentera yang berasal dari Muar , Johor.

Hasil Nukilan MBR 8585

Sabtu, 17 Julai 2010

Sunday Drive

Ahli TPCC Johor telah menganjurkan Sunday Drive ke Gunung Berlumut, Kluang dan telah menarik penyertaan sebanyak 12 peserta TPCC dari daerah Muar,  Batu Pahat dan Johor Bahru.
Di antara ahli TPCC yang menyertai Sunday Drive

Perkahwinan Ahli TPCC Muar Satria

pada 12 Mei telah berlangsungnya perkahwinan salah seorang ahli TPCC Muar iaitu Satria dengan gadis pilihannya Faezah di Batu Pahat. Sebanyak 4 buah kereta persona dari ahli TPCC Muar telah meluangkan masa berkonvoi dari Muar ke Batu Pahat. Alhamdulillah perjalanan lancar dengan baiknya meskipun ditemani dengan hujan renyai.

Selasa, 15 Jun 2010

Jentera-Jentera Barisan Hadapan Daerah Muar

Konvoi ke majlis perkahwinan member kita iaitu Satria di batu pahat, Johor...
Hadir disitu paling kiri adalah AjibTrikk, H3 dan kanan sekali itu adalah Adam... Konvoi selamat sampai kedestinasi pada jam 0945hrs dengan keadaan hujan yang agak lebat seterusnya berhenti dengan begitu pantas....... Walau apapun perjalanan mesti diteruskan agar saudara Satria kita dapat ke majlis yang julung kalinya paling manis didalam hidupnya,,, Kepada saudara Sat kami semua ahli Club Tpcc Muar menggucapkan Selamat Pengantin Baru moga sampai ke anak cucu...
Edisi khas, pengarang tidak dapat mengaplotasi gambar  yang lain kerana bateri kamera kehabisan....
Edaran : boy8585... Tpcc_0247

Selasa, 1 Jun 2010

HIMPUNAN PERPADUAN 1MALAYSIA

Himpunan perpaduan 1Malaysia peringkat Daerah Batu Pahat telah bermula pada 29 Mei sehingga 6 Jun 2010. Aktiviti yang melibatkan TPCC ialah pada

5 Jun iaitu HIMPUNAN JIRAN MUDA (KELAB KERETA DAN MOTOR)
di Dataran Penggaram Batu Pahat
jam 9 pagi.

Jadi kepada semua ahli TPCC Muar yang berminat untuk turut serta hendaklah berkumpul di Carrefour Batu Pahat pada
jam 8.30 pagi.

Dan dari situ TPCC akan bergabung dengan PROSBOC, SIC dan bergerak secara konvoi ke Dataran Penggaram. Harapan kepada semua ahli TPCC Muar berminat untuk menyertainya. Hubungi Mr Adam untuk maklumat lanjut 017-6535457.

Rabu, 26 Mei 2010

Tips Simpan Kereta Dalam Jangkamasa Lama


Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan,tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi.Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara,pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan. Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama samaada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya. Jika anda berhadapan situasi demikian letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin.

Khamis, 13 Mei 2010

Tukar Ganti Komponen Kenderaan Yang Telah Bermasalah/Rosak

<
Ini adalah Suis Sensor untuk lampu brek belakang kenderaan kita, terletak di bawah pedal minyak/brek, masalah suis ini adalah jem spring didalam komponen/barang ini terjadi lampu brek terpasang tanpa menekan brek asal pedal brek..... alat ganti diperolehi di proton muar dalam waranti....



Ini adalah Canister Purge Valve, catatan dibuat adalah kerosakan dalaman di enjin kereta kita... bunyinya adalah seperti wayer shot.... apetasi barang ini adalah mengawal aliran minyak dan elektrik didalam badan enjin kereta kita, katanya oleh pihak proton.


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Kawan-kawan ha.. barang diatas adalah Bearings untuk roler di tayar belakang kereta. Barang ini telah rosak dan ditukar ganti akibat hentakan rim di jalan raya berkemungkinan menghentam jalan yang rosak atau lubang-lubang yang telah pecah. Akibat daripada itu bearing ini tidak dapat berputar dengan baik seterusnya jem/pecah dan boleh membahayakan pada pemandu dan penumpang, jadi berwaspadalah ketika memandu. Pertukaran dibuat dengan memilih jenama yang berpadanan iaitu UBC Outomotive Bearings yang telah dibeli di kedai khas yang diketahui oleh ahli bersekutu Tpcc Muar. Sesiapa yang ingin mengetahui maklumat lanjut hubungilah kami di Muar yang indah ini...
Gambar 1 : Ini adalah bentuk asal bearing tersebut
Gambar 2 : Ini adalah pandangan belakang iaitu terdapat 4 batang skru yang memegang rim kereta kita
Gambar 3 : Ini adalah barang yang kita tidak diguna pakai, barang ini hanya diguna oleh kenderaan yang ada CPS sahaja samada Persona/waja





Yang ini pula adalah Bearing bell/Tali sawat, fungsi adalah mengekalkan ketengangan bell di hadapan enjin kereta merangkumi semua kompenen dengan berkerja didalam satu bell sahaja. Kerosakan ini berlaku berkemungkinan enjin terlalu laju atau di gear rentap dengan pantas ataupun dalam masa pertukaran gear ke gear yang agak cepat dimana ingin mencapai tahap maximum jentera yang telah di di upgred . Kata workmenshop kerosakan ini biasa berlaku di mana-mana kenderaan yang menggunakan satu bell sahaja. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi saya ianya rosak di jentera MBR saya. Fuhh,,, harganya mengancam nyawa didengar, nak tahu calling lah...


Teks disediakan oleh : Tpcc_0247 Adam/Boy

Isnin, 10 Mei 2010

TT@Trik's Place



salam tpcc muar buat semua. dah lama geng tpcc Muar tak turun TT..kali ni selepas hampir 2 bulan, kitaorang kumpul malam ni kat Trik's untuk berjumpa dan saling bertukar idea dan pandangan tentang kereta terutama tentang perfomance persona masing-masing. antara yang hadir ialah H3, arbaq, trik, ajip, ariff, adam dan aku la abuafif. pertemuan bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 10.30 malam. malam ni plak adam baru beli laptop, apalagi dengan maxis broadband nya..ambik kesempatan untuk tengok blog ni dan cari maklumat tentang enjin dan sebagainya di youtube... laptop murah jer....

Jumaat, 9 April 2010

Selamat Pengantin Baru Buat HOR TPCC Johor



pada 3 april lepas En Hisham telahpun menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya dan hasil perbincangan semua ahli TPCC Muar, kita mengadakan konvoi mengiringi pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan di Pt Yusof. Alhamdulillah semua berjalan lancar. dan pada 4 april pula adalah kenduri kahwin sebelah pengantin lelaki pula di Sg Abong, Muar. Tahniah semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan cepat dapat baby.....dapat geng ngan anak Abg Haji, anak Adam, anak Ucop...

Khamis, 25 Mac 2010

Jamuan Makan Malam di Sabak Aor


pada 24 Mac yang lepas, salah seorang dari sahabat kelab TPCC iaitu En Adam telah menghubungi kami melalui 'sms' dan menjemput kami supaya datang kerana beliau nak mengadakan satu jamuan makan malam di Restoran Sabak Aor. Makan jamuan tersebut di hadiri oleh HOR Johor iaitu H3, adam, ajip, arif, trik, ahmad dan aku. Terima kasih buat Adam atas jamuan makan malam tersebut. Juga dibincangkan sekali tentang konvoi ke majlis perkahwinan H3 pada 3 dan 4 April.


ini tempat perkumpulan sebelum bergerak ke Restoran Sabak Aor..


Ni pulak ketika dah sampai dah semua ahli TPCC Muar meletakkan kenderaan selari..






Bergambar kenang-kenangan sebelum beredar pulang.

Jumaat, 19 Mac 2010

New Proton Persona






New Proton Persona is now officially revealed and launched by proton, and been called Proton Persona Elegance. The car will be available in three level, which is Base Line, Medium Line, and High Line.

Proton Persona Elegance is powered with 1.6 liter Campro IAFM engine, at 6,500 rpm and 148Nm of torque from 4000 rpm, which is the same familiar engine as the previous version one. All available in both four speed automatic or five speed manual transmission, except that the High Line only offered with automatic transmission. Seems like the output remain the same. But with this new Persona Elegance, it comes with a new 32-bit ECU (previously 16-bit), capable to bring more inputs, able to do more parameter, and able to interconnect with more systems. In short, this car has been utilized on future proofing and cost effective.

Exterior changes are made with new rear lamp cluster with LED brake lights, new rims, bodykit, slim rear spoilers, fog lamps, standard turning lamps on side mirrors, and chrome door handle. While for the exterior one, GPS navigation provided for the Medium and High Line. Audio system has also improved with USB plug in, new meter cluster graphics. Medium and High Line cars get even more driver’s seat height adjuster and electric side mirrors. The medium line gets driver’s airbag and pre-tensioner seatbelts. Whist, the High Line offered with leather seats and trim, cruise control, remote release for trunk, ABS and EBD, 2 airbags and pre-tensioner seatbelts.


Proton Persona Elegance are currently offered in two color scheme, Chiffon Green and Bronze Garnet. However, exclusive High Line model been added extra Brilliant Red color. The Proton Persona Elegance are available for booking now and here’s the price list for Persona Elegance:

* Base Line (M) RM46,499
* Base Line (A) RM49,499
* Medium Line (M) RM52,999
* Medium Line (A) RM55,999
* High Line (A) RM59,499

Jumaat, 26 Februari 2010

The Persona Quest 2009



::The Persona Quest 2009
::Treasure Hunt::Plentong, JB
::12 December 2009::

Event ini adalah anjuran Proton Edar Malaysia Sdn. Bhd. Event ini telah dirasmikan oleh Y S Khong yang mana merupakan seorang lagenda rally Malaysia pada awal 1970an. Beliau bertindak sebagai org kuat bagi menggalakkan peserta-peserta melakukan aktiviti dalam event ini terutama Auto Test Challange yang mana beliau sebagai juri utama dalam acara Auto Test Challange.

Hadiah untuk Treasure Hunt
Tempat pertama wang tunai RM1,500 bersama voucher service bernilai RM500
Tempat kedua wang tunai RM1,000 bersama voucher service bernilai RM500
Tempat ketiga wang tunai RM500 bersama voucher service bernilai RM500
5 pemenang saguhati mendapat RM200 bersama voucher bernilai RM200

Auto Test Challenge
Tempat pertama wang tunai RM 500 Cash
Tempat kedua wang tunai RM 300 Cash
Tempat ketiga wang tunai RM 200 Cash

Pemenang-pemenang Auto Test Challenge ( diberi litar dan kene completekan dalam seberapa pantas yg mungkin )
1. H3 ( masa - 29.34 saat )
2. Media press dari mana tah...lupe plak...chinese press kot... ( masa - 30.++ )
3. wadhi TPCC ( 30.++ )

Treasure Hunt
2nd place H3 and satGTI
7th place Poji and wife ( Siti ) and Mamin

TAHNIAH BUAT H3 DAN SATGTI

Khamis, 25 Februari 2010

Selamat Pengantin Baru Razi & Zurina

Acara : Konvoi TPCC Muar Crew Rombongan Ke Rumah Pengantin Lelaki
Tarikh : 19 Oktober 2009 Ahad
Ahli Terlibat : 7 buah kereta TPCC
Jam : 12pm - 3pm
Tempat : Parit Bunga ke Bypass Jalan Bakri Muar

Bagi meraikan pengantin yang merupakan ahli TPCC, satu konvoi pengantin telah diadakan bermula dari rumah pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. perjalanan memakan masa hampir 30 minit dan dikendalikan oleh marshal TPCC Muar yang menguruskan dan memastikan perjalanan trafik agar lancar dan tiada sebarang gangguan. setiba di sana, pengantin bersanding di dalam sementara yang lain menikmati hidangan yang disediakan. H3 sempat jugak menyumbangkan sebuah lagu khas untuk pengantin. Tahniah Razi dan Zurina.